Thursday, December 23, 2010

Sahabat Selamanya bersama Padi serta Upin & Ipin

Studio Les' Copaque Production tempoh hari dikejutkan dengan kunjungan 2 ahli dari kumpulan Padi iaitu Fadly & Rindra yang mendapat perhatian hangat selepas menerbitkan lagu Sahabat Selamanya di Indonesia bulan lepas. Jikalau sebelum ini mereka diminati oleh kaum-kaum remaja serta anak muda Indonesia, tetapi kini mereka sudah mula diminati oleh adik-adik kecil serta kaum ibu. Yang menariknya, kumpulan Padi pada kebiasaanya mengambil masa 2 tahun untuk mengeluarkan sesebuah lagu. Berbeza dengan lagu Sahabat Selamanya, ianya mengambil masa yang lebih pendek namun terus mendapat sambutan yang luar biasa.
Tn Hj Burhanuddin memulakan
ucapan aluan

Fadly sempat menulis autograf
kepada peminat

Wartawan dari Melodi
menemubual Fadly

Kunjungan mereka bersama wakil dari Sony Music Indonesia adalah untuk menghadiri majlis Sidang Media dan sesi beramah mesra bersama rakan-rakan media di Malaysia. Sungguh ramai rakan-rakan media yang hadir pada hari tersebut untuk berjumpa dengan lkon dari Indonesia ini. Mengikut maklumat dari Padi, mereka akan meneruskan projek bersama Les' Copaque Production dan Sony Music untuk menerbitkan album lagu Upin & Ipin. Album tersebut akan merangkumi 9 hingga 10 lagu yang sebahagian akan dinyanyikan oleh artis dari Indonesia dan selebihnya pula artis dari Malaysia. Dengan terbentuknya kerjasama dari 2 buah negara di dalam menerbitkan album ini, ianya dijangkan bakal mendapat sambutan lebih-lebih lagi semua lagu ini berkonsepkan dari kehidupan Upin & Ipin.

Tn Hj Burhanuddin berkongsi kisah
menarik dengan wartawan

Asyiela Putri turut ditemuramah
wartawan
Fadly dan Rindra dari Padi bergambar
bersama pelakon suara Upin & Ipin

Memang tak sabar rasanya ingin mendengar lagu tema baru Upin & Ipin hasil buah tangan dari Padi. Pada Sidang Media tersebut, turut dihadiri oleh semua pelakon suara dari siri Upin & Ipin. Nantikan kejutan serta perkembangan terkini mengenai pembikinan album ini di blog disini.

No comments:

Post a Comment