Thursday, December 23, 2010

No 1 Facebook Fan Page di Malaysia



Jadual menunjukkan kedudukan Facebook Upin & Ipin

Dalam pejam celik, pejam celik rupanya jumlah peminat Facebook Upin & Ipin sudahpun mencecah angka 3.9 juta. Wah, satu angka yang sungguh besar dan sungguh bermakna. Jumlah ini juga disahkan oleh satu laman webyang membuat kajian mengenai Facebook. Berada di tangga ke atas sekali membuktikan Upin & Ipin mempunyai ramai peminat di Facebook yang bukan sahaja terdiri dari peminat di Malaysia, malahan dari Indonesia dan juga Filifina.

Akhbar Online MStar juga ada menulis mengenai Facebook Upin & Ipin. Terima kasih diucapkan kepada semua peminat dan setialah menyokong animasi tempatan.

No comments:

Post a Comment